Wednesday, February 3, 2010

PROJEK PENJELAJAHAN 'XPDC KE UTARA' 2010


Mulai tahun 2010, Unit Bimbingan Kaunseling sekolah telah merangka Program Lawatan Sambil Belajar yang dinamakan Projek Penjelajahan atau 'XPDC'. Program ini melibatkan 6 destinasi dalam jangkaan tempoh 6 tahun mulai 2010. Perincian program:

  • Tahun 2010 - Projek XPDC ke Utara (Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang)
  • Tahun 2011 - Projek XPDC ke Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)
  • Tahun 2012 - Projek XPDC ke Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Selangor)
  • Tahun 2013 - Projek XPDC ke Selantan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor)
  • Tahun 2014 - Projek XPDC ke Sarawak
  • Tahun 2015 - Projek XPDC ke Sabah
Perancangan setiap projek mengambil masa hampir setahun kerana jangkaan lawatan akan diadakan sekitar pertengahan bulan Disember selepas calon SPM selesai menduduki peperiksaan. Peserta terdiri daripada 16 orang ahli PRS dan selebihnya 24 orang ahli bersekutu yang ditapis melalui sesi temuduga khas. Pengisian dalam Projek ini melibatkan beberapa eleman iaitu:

1. Melawati mana-mana Jabatan Kerajaan yang hanya ada di negeri tersebut cth Perlis (UPP), Kedah (Kastam), Pulau Pinang (Polis Merin)

2. Melawati destinasi pelancongan istimewa cth Perlis (Taman Ular), Kedah (Gunung Jerai), Pulau Pinang (Bkt Bendera)

3. Melawati destinasi gerai makanan cth Perlis (laksa Kuala Perlis), Kedah (Bee hoon sop), Pulau Pinang (Nasi Kandar)

4. Mengunjungi Institusi Pendidikan cth Perlis (UniMAP), Kedah (UUM), Pulau Pinang (USM)

dan lain-lain destinasi yang telah dirancang. Kami juga merancang untuk mengumpul dana dan penajaan bagi projek ini dan diharap usaha yang dirancang berjaya dilaksanakan. Prinsip kami mudah sahaja, 'Tiada Yang Mustahil Dengan Izin Allah Jua" Apa yang pasti, kecemerlangan dan kejayaan harus bermula dengan tindakan yang 'luar biasa'

No comments:

Post a Comment