Tuesday, February 2, 2010

PROGRAM KHIDMAT BANTUAN 4 - SK RKT BERSIA, GERIK

Pelajar sedang mengikuti Program Kemahiran dalam Belajar

Sebahagian daripada kaum ibu yang turut serta

Dakapan sayang antara anak & ibu... sentuhan rasa

Perasaan mak... sapa tak sayang anak

Perasaan bapak ... diam tetapi memendam rasa


31 Jan 2010 (Ahad) Program Motivasi Kemahiran Belajar & Pendidikan Keibubapaan telah dijalankan bermula jam 09.00 pagi dan berakhir jam 01.30 tengahari. Program bermula dengan bimbingan kaedah belajar cara belajar melalui latihan teori dan amali. Bagi saya sesuatu kemahiran mesti dimulai dengan penerangan kemudian wajar dipraktikkan agar pelajar belajar dan tahu menggunakannya.
Pengisian bagi Pendidikan Keibubapaan pula berjalan dengan baik. Bilangan murid Tahun 6 hanya seramai 53 orang dan respon daripada kedua ibu bapa sangat menggalakkan. Mungkin hari Ahad hari bercuti dan mudah untuk mereka libatkan diri. Walau bagaimanapun kehadiran dan kerjasama yang diberi amat menggalakkan sekali. Tahniah buat semua ibu dan bapa SK RKT Bersia, Gerik kerana komitmen dan kesungguhan Tuan/Puan membantu menjayakan kecemerlangan anak-anak. Begitu juga sekalung tahniah kepada Guru Besar dan Guru-Guru khsusunya di Tahun 6 yang memberi kerjasama dan sokongan kuat kepada pelajar UPSR dengan bertugas walaupun di hari minggu. Saya 'respect dan suspect' cikgu-cikgu. :)
Kaedah psikodrama yang digunakan hanya memberi sedikit sentuhan melibatkan hati dan perasaan kerana ada hadis menyebut, langkah kecemerlangan bagi diri anak2 cemerlang bila mana dia jaga hubungan dengan Allah dan rasul, dengan ibu bapa dan antara sesama manusia. So, sentuhan diberi untuk membangkitkan kesedaran. Apa yang jelas, pelajar 'bukan tak tahu' tapi 'tak mahu'. So... pikir-pikirlah sendiri

No comments:

Post a Comment