Sunday, February 7, 2010

KURSUS KEPIMPINAN SK PADANG ASAM, PADANG RENGAS

05 Februari 2010 Program Kepimpinan Pengawas Disiplin dan Pusat Sumber telah diadakan. Aktiviti dijalankan kat Kantin sekolah aje sebab budak tak ramai dan senang bergerak. Modul yang dijalankan lebih menumpukan 'kerja dalam satu kumpulan' dan konsep tolak ansur. Kaunselor melihat kaedah membimbing tidak seharusnya 'berat' tetapi lebih kepada pelaksanaan dan membentuk perlakuan.
Matlamat kepimpinan di SK Padang Asam menumpukan konsep kepimpinan yang dicadangkan oleh Iman Al Ghazali iaitu, 'Kepimpinan yang hebat bila mana pemimpin bentuk sifat dan perlakuan diri yang baik.' Dalam erti kata, apa yang nak dicapai PEMIMPIN PERLU BAIK HATI. So.... latihan praktikal mengaitkan aktiviti membentuk sifat baik hati di kalangan pengawas. Antaranya main 'the blind boy draw a picture with a help of his/her friends'... arguement happen and then..... jeng... jeng.... jeng!
Bila buat program dengan budak2 sekolah rendah yang seronoknya kita kena banyak bersabar sebab ini membentuk krebiliti diri kita bila menghadapi kerenah budak2. So ada ketika nya kita kena pelbagai aktiviti, tinjau suasana dan kawal situasi ...baru kita tahu .. apa itu kaunselor, dimana motivator dan bagaimana menjadi trainer.... 3 kerja yang berbeza... OK ...keseluruhannya terima kasih pada cikgu Ima dan kawan2 yang hadiahkan 'TOTO'... Syok dapat benda unik macam tu.... Terima kasih daun keladi, insyaAllah lain kali saya tolong lagi!

No comments:

Post a Comment