Wednesday, February 3, 2010

BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR (PROJEK FEEDER SCHOOL)

Program yang telah dijalankan setiap tahun mulai 2003 akan diteruskan lagi. Bengkel Kemahiran Belajar cara Belajar anjuran Unit Kaunseling SMK Sayong ini dikhususkan untuk murid Tahun 5 dan 6 daripada sekolah-sekolah 'Feeder School' yang berdekatan. Antaranya, SK Senggang, SK Menora, SK Rambai Tujuh, SK Bendang Kering, SK Sayong, SK Kota Lama Kanan, SRA Al Furqan dan SRA Madrasah Ulumul Syariah Wal Quranniah (MUSQ). Respon daripada setiap sekolah, alhamdulillah.
Bagi tahun 2010, perancangan tarikh cadangan 27hb Februari 2010 (Sabtu) di SMK Sayong, Kuala Kangsar. Pengisian tahun ini menggunakan Modul baru yang telah diubahsuai bagi memenuhi keperluan pelajar. Antara imput yang diberi:
  • Kemahiran memotivasikan perubahan sikap & akal diri
  • Kemahiran belajar menguasai ilmu & pengalaman
  • Kemahiran asas belajar (Kaedah Pintar Belajar)
  • Kemahiran mengurus masa & penyediaan jadual waktu belajar
  • Kemahiran merancang strategik (ikut panduan Mardihah, Azali & Siti Fatimah)

Bagi sekolah2 yang berminat untuk mengikutinya, mohon hubungi Kaunselor cemerlang sekolah, Pak Su di talian 019 5788388 atau emailkan ke paksuzaid@yahoo.com. Bayaran penyertaan meliputi modul, minum pagi (high tea) & sijil penyertaan sebanyak RM10.00 sahaja.

Program menumpukan kepada perkhidmatan profesional khusus kepada pelajar 'feeder school' dengan harapan 'perkongsiaan ilmu ini dapat dimunafaatkan oleh semua orang' Program akan dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Mohd Zaid Abu Othman (Kaunselor Cemerlang) dengan bantuan Pembimbing Rakan Sebaya sekolah.

No comments:

Post a Comment