Tuesday, February 2, 2010

KURSUS PENGENDALIAN AUDIO VISUAL

Kursus secara praktikal dijalankan dengan teliti dan bersungguh

En. Zulkifli Ahmad (Juru Audio PPD Sgh Siput)

En. Ramli Hassan (Juru Audio PPD K.Kangsar)

En. Shamsul Azhar Md Yusof (Pem. Peg. Penerangan K.Kangsar)

Sebahagian Petugas Audio Visual sekolah


2 Feb 2010 seramai 6 orang ahli Kelab SETIA dibawah Petugas Audio Visual sekolah bersama 3 guru ( seorang Penasihat Kelab & 2 org Guru KH) telah mengikuti Kursus Khas bersama 2 Juru Audio Visual Pejabat Penerangan Daerah Kuala Kangsar dan Sg Siput iaitu En. Ramli Hassan dan En. Zulkfili Ahmad dengan ditemani oleh Pembantu Pegawai Penerangan yang juga merupakan Pegawai Penasihat Kelab SETIA sekolah, En. Shamsul Azhar b. Mohamad Yusof. Kelab SETIA sekolah merupakan Kelab dibawah kendalian Unit Bimbingan Kaunseling sekolah dengan mendapat khidmat sokongan daripada Pejabat Penerangan Daerah Kuala Kangsar.
Sepanjang kursus yang bermula jam 08.00 pagi hingga 11.00 pagi, guru-guru yang terlibat adalah:
1. En. Mohd Zaid b. Abu Othman (Guru Penasihat Kelab SETIA)
2. En. Khairul Azman b. Hj Arshad (Guru KH)
3. Tn Hj. Mohd Noor b. Hj Abd. Rahman (Guru KH)
Sementara pelajar pula terdiri daripada 6 orang Petugas Audio Visual sekolah iaitu:
1. Sdra Ajmal b. Bakri (4K) Ketua
2. Sdra Amiorul Faiz b. Lob Khomizi (4M)
3. Sdra Muhd Alif Fahmi b. Thuwaini (3M)
4. Sdra Muhd Hazmin b. Dzulkifli (3S)
5. Sdra Megat Hafifi b. Megat Jamil (1K)
6. Sdra Amirul Arif b. Isman (1K)
Keseluruhan kursus ini sesungguhnya telah memberi impak yang begitu baik kepada kami guru-guru petugas Audio sekolah dan juga kepada pelajar yang selama ini menggunakan alatan audio secara 'amatur' sahaja. Kini dengan pengetahuan yang jelas dengan praktikumnya sekali maka rasanya penggunaan audio visual di sekolah akan lebih 'menyenggat' lagi... Kita bikin riuh bunyi kat sekolah tahun ini... ehwah.. macam dah pandai sangat. Tunggu lah Hari Merentas Desa ni... kami nak cuba try test pengetahuan yang sedia ada....
So.. terima kasih sekali lagi kepada En. Azmi Bahari (Pegawai penerangan Daerah Kuala Kangsar) yang telah memberi kerjasama untuk membantu. En. Syamsul (Penasihat Kelab SETIA) yang sentiasa menyokong program, En. Ramli dan En. Zulkifli yang banyak membimbing dan membantu mengenalkan kami cara penggunaan alat audio visual ini dengan lebih baik dan betul. Semoga jasa baik dan sumbangan Tuan-Tuan akan diberkati Allah jua dan bagi pihak sekolah, kami merakamkan ucapan ribuan terima kasih.....

No comments:

Post a Comment