Ikrar 16 org Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah
Penyerahan Watikah Lantikan PRS kepada Sdra Iqbal (N/Pengerusi 1)
Sdra Shafiq (Ketua Biro Latihan PRS) menerima Watikah lantikan
Antara PRS yang menerima Watikah daripada Pn. Hjh Noraziah Ramli (Pengetua)
Pada 18hb Jan. 2010 di Dataran Perhimpunan SMK Sayong, Kuala Kangsar termetri sekali lagi sejarah bagi perlantikan rasmi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah bagi sesi persekolahan 2010. Pemilihan PRS baru seramai 16 orang ini dilantik dikalangan pelajar Tingkatan 1 sesi 2009. Tumpuan pemilihan adalah untuk memperkasakan kembali peranan dan tanggungjawab sebenar PRS mengikut acuan perkhidmatan Bimbingan Kaunseling itu sendiri. Bagi tahun 2010, tumpuan pemilihan melalui sesi temuduga sebanyak 2 kali dan ianya dikendalikan sepenuhnya oleh 5 orang pelajar Tingkatan Menengah Atas yang dilantik semula menjadi PRS bagi membimbing PRS baru bersama Guru Kaunseling (bertindak sebagai pemerhati & penasihat). Apa yang menarik bagi ahli PRS tahun ini adalah komitmen mereka yang nampak bersungguh dan pihak Unit berhasrat dari bimbingan dan tunjukajar yang berterusan maka mereka mampu berfungsi sebagai PRS yang baik.
Majlis Penyerahan Watikah Lantikan PRS telah disempurnkan oleh Pn. Hjh Noraziah bt. Ramli (Pengetua SMK Sayong, Kuala Kangsar). Setinggi-tinggi penghargaan kami di Unit ucapkan. Semoga bermulanya titik cerah bagi perlantikan PRS ini akan menggerakkan PRS SMK Sayong untuk lebih Cemerlang, Gemilang & Terbilang, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment