Saturday, January 16, 2010

LAPORAN SEMINAR PINTAR BELAJAR 2010

Pak Su Zaid mengendalikan sepenuhnya sesi ceramah & bimbingan

Sebahagian daripada pelajar yang tekun mencatat ketika mengikuti sesi


Catat hanya yang penting aje ... itu antara kemahiran yang dibimbing


Kak Long (Cikgu Norzuriani - Kaunselor ke 2) turut membantu


Penglibatan semua pelajar sangat dipuji kerana memberi tumpuan terbaik


Bermula dari 07 hingga 22 Jan 2010, Seminar Pintar Belajar bagi tahun 2010 telah dijalankan dengan melibatkan 24 buah kelas. Seminar bagi tahun ini dijalankan melibatkan 2 buah kelas bagi satu-satu masa. Kaedah bimbingan seminar dibentuk dalam perbengkelan bagi memudahkan tumpuan dan perhatian. Apa yang menarik bagi tahun ini, seminar dijalankan di dalam Bilik Gerakan yang berhawa dingin dan sangat selesa. Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih sewajarnya diberikan kepada Pn. Hjh. Noraziah bt. Ramli (Pengetua SMK Sayong) atas kebenaran beliau menggunakan permis berkenaan.


Model dan pengisian program bertukar hampir 85 % dengan gabungan bahan lama yang masih ada relevan serta kesesuaiannya. Modifikasi atau pengubahsuaian bahan digunakan malah banyak sumber baru diadaptasikan untuk bimbingan agar dapat memberi impak terbaik. Pendekatan cara belajar pelajar cemerlang di Malaysia menjadi bahan rujukan. Misalnya cara belajar Nik Nur Madihah (SPM 20A), Azali Azlan (SPM 21A) & Siti Fatimah (SPM 18A). Tips memotivasikan diri menggunakan akal & nafsu pemberian Allah dijadikan sumber dasar perubahan diri. Selain itu tumpuan lebih kepada kaedah dan cara belajar yang merangkumi teknik membaca yang betul, mencatat yang berkesan, menyemak nota dengan teliti, mengingat cara mudah dan mengulangkjaji secara berterusan dijadikan garis panduan.


Respon setakat ini sangat menggalakan malah dengan pengisian serta sisipan video klip, seminar dilihat mendapat perhatian dan tumpuan sepenuhnya daripada pelajar. Sekalung terima kasih wajar diucapkan kepada semua pelajar dan guru serta ibu bapa di atas sokongan, sumbangan dan penajaan program. Bagi kami di Unit Kaunseling, apa yang kami berikan sekadar khidmat kecil tetapi besar bilamana usaha ini dihargai dan mendapat sokongan yang sangat menggalakkan. Semoga usaha dan komitmen kami dan semua yang membantu dapat memberi faedah untuk semua. Apa-apa pun .... TERIMA KASIH DAUN KELADI.... LEPAS INI KITA BUAT LAGI! Wassalam.

No comments:

Post a Comment