Monday, January 18, 2010

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH LANTIKAN PRS (SESI 2010)

Situasi Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah

Ikrar 16 org Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah

Penyerahan Watikah Lantikan PRS kepada Sdra Iqbal (N/Pengerusi 1)


Sdra Shafiq (Ketua Biro Latihan PRS) menerima Watikah lantikan

Antara PRS yang menerima Watikah daripada Pn. Hjh Noraziah Ramli (Pengetua)

Pada 18hb Jan. 2010 di Dataran Perhimpunan SMK Sayong, Kuala Kangsar termetri sekali lagi sejarah bagi perlantikan rasmi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah bagi sesi persekolahan 2010. Pemilihan PRS baru seramai 16 orang ini dilantik dikalangan pelajar Tingkatan 1 sesi 2009. Tumpuan pemilihan adalah untuk memperkasakan kembali peranan dan tanggungjawab sebenar PRS mengikut acuan perkhidmatan Bimbingan Kaunseling itu sendiri. Bagi tahun 2010, tumpuan pemilihan melalui sesi temuduga sebanyak 2 kali dan ianya dikendalikan sepenuhnya oleh 5 orang pelajar Tingkatan Menengah Atas yang dilantik semula menjadi PRS bagi membimbing PRS baru bersama Guru Kaunseling (bertindak sebagai pemerhati & penasihat). Apa yang menarik bagi ahli PRS tahun ini adalah komitmen mereka yang nampak bersungguh dan pihak Unit berhasrat dari bimbingan dan tunjukajar yang berterusan maka mereka mampu berfungsi sebagai PRS yang baik.
Majlis Penyerahan Watikah Lantikan PRS telah disempurnkan oleh Pn. Hjh Noraziah bt. Ramli (Pengetua SMK Sayong, Kuala Kangsar). Setinggi-tinggi penghargaan kami di Unit ucapkan. Semoga bermulanya titik cerah bagi perlantikan PRS ini akan menggerakkan PRS SMK Sayong untuk lebih Cemerlang, Gemilang & Terbilang, InsyaAllah.

Saturday, January 16, 2010

TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA PELAJAR


Muhammad Iqbal Izz b. Kamaruzzaman


Bersama Pak Su ketika 'flight' MAS ke Kota Kinabalu, Sabah


Wakil Kontigen Perak ke Perhimpunan PRS Kebangsaan 2009


TAHNIAH & SYABAS! Ucapan awal yang wajar diungkap kepada Naib Pengerusi 1 PRS kerana terpilih sebagai Ketua Murid SMK Sayong bagi sesi persekolahan 2010. Budak Sayong Mesjid ini memulakan persekolahannya di SEMASA pada tahun 2009 namun nampak selesa kerana mudah menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Hafal membaca Asma Hul Husna bersama adiknya pada setiap hari Jumaat menjadikan beliau perhatian awal dikalangan guru-guru. Berbudi bahasa dan baik tingkahlaku antara ciri terpenting pemilihan beliau (mungkin kot)

Dalam PRS, personaliti beliau dilihat baik dan di atas krebiliti ini maka pada tahun 2009, beliau telah dipilih oleh pihak sekolah mewakili Negeri Perak ke Perhimpunan PRS Kebangsaan di Kota Kinabalu, Sabah. Di sana beliau menampakkan kemampuannya untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang disediakan dan lebih menyerlah bila mana beliau berkesempatan untuk berucap di kalangan rakan-rakan PRSnya daripada seluruh Malaysia.
Sedikit profil tentang beliau:
Dilahirkan di Hospital Kuala Kangsar pada tanggal 08 Februari 1993. So dah dekat nak birthday... dan kepada kawan2 jangan lupa beli hadiah tau! Hobi suka membaca & surf dalam net. Anak ke 2 daripada 9 orang adik beradik. Cita2 nak jadi doktor tapi kalau tak dapat cikgu pun OK. Falsafah dalam hidup: Ingin berjaya dalam kehidupan di dunia & akhirat.
Bagi kami di Unit Kaunseling, perlantikan beliau sesungguhnya menaikan lagi imej PRS sebagai Unit yang membentuk sahsiah dan kecemerlangan pelajar di sekolah. WELL DONE IQBAL!

MESYUARAT PRS YANG PERTAMA

Pak Su mempengerusikan Mesyuarat PRS yang pertama

Ahli Jawatankuasa sedang mengikuti mesyuarat

Tumpuan & perhatian serius diberi oleh semua AJK yang hadir

Mesyuarat PRS yang pertama Bil 1/2010 telah diadakan di Bilik Gerakan sekolah pada 8hb Jan 2010 pada waktu rehat jam 09.40 a.m. Kesemua ahli PRS seramai 16 orang, hadir. Mesyuarat dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Zaid b. Abu Othman (Pak Su) dengan Cik Norzuriani (Kak Long) sebagai pencatat.

Antara agenda dan perincian mesyuarat adalah:
  • Pengendalian mesyuarat ahli selepas ini dijalankan oleh JK PRS yang dilantik,
  • Merancang dan mengatur program mengikut aktiviti yang dipersetujui selepas 22hb Jan,
  • Pemakaian vest akan bermula selepas pemesanannya diperolehi. Kos dalam lingkungan Rm25 termasuk tag nama,
  • Latihan & perbengkelan akan diadakan setiap bulan mengikut perancangan. Mohon kerjasama JK Latihan menguruskannya dengan JK Publisiti.
  • Projek Lawatan Saambil Belajar melalui Program XPDC ke Utara akan dilaksanakan selepas 22hb Jan. Semua ahli terlibat dan mohon Pengerusi memilih secara inteview 20 orang peserta lain sebagai ahli projek.
  • Jadual Bertugas PRS di Bilik Kaunseling telah disediakan dan mohon semua PRS mematuhi jadual bertugas seperti yang dipersetujui,
  • Berharap Jawatankuasa yang dilantik dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan baik dan saksama.
Mesyuarat ditangguh jam 10.30 a.m.

LAPORAN SEMINAR PINTAR BELAJAR 2010

Pak Su Zaid mengendalikan sepenuhnya sesi ceramah & bimbingan

Sebahagian daripada pelajar yang tekun mencatat ketika mengikuti sesi


Catat hanya yang penting aje ... itu antara kemahiran yang dibimbing


Kak Long (Cikgu Norzuriani - Kaunselor ke 2) turut membantu


Penglibatan semua pelajar sangat dipuji kerana memberi tumpuan terbaik


Bermula dari 07 hingga 22 Jan 2010, Seminar Pintar Belajar bagi tahun 2010 telah dijalankan dengan melibatkan 24 buah kelas. Seminar bagi tahun ini dijalankan melibatkan 2 buah kelas bagi satu-satu masa. Kaedah bimbingan seminar dibentuk dalam perbengkelan bagi memudahkan tumpuan dan perhatian. Apa yang menarik bagi tahun ini, seminar dijalankan di dalam Bilik Gerakan yang berhawa dingin dan sangat selesa. Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih sewajarnya diberikan kepada Pn. Hjh. Noraziah bt. Ramli (Pengetua SMK Sayong) atas kebenaran beliau menggunakan permis berkenaan.


Model dan pengisian program bertukar hampir 85 % dengan gabungan bahan lama yang masih ada relevan serta kesesuaiannya. Modifikasi atau pengubahsuaian bahan digunakan malah banyak sumber baru diadaptasikan untuk bimbingan agar dapat memberi impak terbaik. Pendekatan cara belajar pelajar cemerlang di Malaysia menjadi bahan rujukan. Misalnya cara belajar Nik Nur Madihah (SPM 20A), Azali Azlan (SPM 21A) & Siti Fatimah (SPM 18A). Tips memotivasikan diri menggunakan akal & nafsu pemberian Allah dijadikan sumber dasar perubahan diri. Selain itu tumpuan lebih kepada kaedah dan cara belajar yang merangkumi teknik membaca yang betul, mencatat yang berkesan, menyemak nota dengan teliti, mengingat cara mudah dan mengulangkjaji secara berterusan dijadikan garis panduan.


Respon setakat ini sangat menggalakan malah dengan pengisian serta sisipan video klip, seminar dilihat mendapat perhatian dan tumpuan sepenuhnya daripada pelajar. Sekalung terima kasih wajar diucapkan kepada semua pelajar dan guru serta ibu bapa di atas sokongan, sumbangan dan penajaan program. Bagi kami di Unit Kaunseling, apa yang kami berikan sekadar khidmat kecil tetapi besar bilamana usaha ini dihargai dan mendapat sokongan yang sangat menggalakkan. Semoga usaha dan komitmen kami dan semua yang membantu dapat memberi faedah untuk semua. Apa-apa pun .... TERIMA KASIH DAUN KELADI.... LEPAS INI KITA BUAT LAGI! Wassalam.

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 2010

Taklimat HEM oleh Pn Hjh Halijah Othman (Pen. Kanan HEM)

Sebahagian daripada pelajar perempuan Tingkatan 1


Penuh gaya Tn. Hj. Zohedi b. Tau (Pen. Kanan KOKU) memberi taklimatnya


Cikgu Mohd Zaid Abu Othman (Pak Su) mengendalikan program orientasi & interaksi bersama pelajar baru


Sebahagian pelajar yang khusyuk & tawaduq mengikuti program

Tanggal 4hb Januari 2010, SMK Sayong, Kuala Kangsar mulai menerima 'adik adik bongsu' yang baru. Seramai 82 lelaki dan 96 perempuan (pompuan jugak yang lebih) dengan nisbah 178 orang hadir sebagai warga baru. Interaksi awal, OK sebab ramai pelajarnya pernah datang ke sekolah mengikuti Program Seminar Pintar Belajar (Project Feeder School) pada tahun lepas. Hanya suasana baru dengan keluarga baru 'menarik' perhatian mereka.

2 hari program orientasi pelajar baru Tingkatan 1 di adakan dengan semua Penolong Kanan sekolah menyampaikan taklimat dan mandat melalui visi dan misi sekolah sebagai sebahagian daripada Amanat Pengetua SMK Sayong.

Apa-apa pun kepada semua pelajar Tingkatan 1 (2010), Selamat Datang Pak Su & the crew of Unit Kaunseling alu-alukan semoga di SMK Sayong nanti, insyaAllah akan menjanjikan perubahan diri dan kecemerlangan yang diimpikan. Pak Su selalu kata pada anak-anak warga SMK Sayong, ' Kita sekolah kampung, tapi di dalam hati kita ..... bandar '