Monday, December 28, 2009

SEMINAR PINTAR BELAJAR (EDISI 2010)

Atas kebenaran dan kelulusan Pn. Hjh Noraziah Ramli (Pengetua), Seminar Pintar Belajar (Edisi 2010) dijadual akan diadakan seperti perincian berikut:
Tarikh program : Mulai 07 hingga 22 Jan 2010
Tempat : Bilik Gerakan SMK Sayong
Masa : 08.00 am hingga 12.30 pm
Berikut adalah penggiliran kelas untuk Seminar (Bengkel) berikut yang telah diubahsuai mengikut keperluan bagi sesi persekolahan 2010 ini
  • 07/01 Ting. 1S & 1K
  • 08/01 Ting. 1M & 1Z
  • 11/01 Ting. 1U & 2Z
  • 12/01 Ting. 2K & 2M
  • 13/01 Ting. 2S & 3S
  • 14/01 Ting. 3K & 3M
  • 15/01 Ting. 3Z & 3U
  • 18/01 Ting. 4S & 4N
  • 19/01 Ting. 4K & 4M
  • 20/01 Ting. 4Z & 5Z
  • 21/01 Ting. 5K & 5M
  • 22/01 Ting. 5S & 5N

Pengisian program lebih tertumpu kepada 5 kemahiran

  • Kemahiran memotivasikan diri melalui - perubahan sikap & cara berfikir melalui amali solat serta perlakuan pada aktiviti kehidupan & permakanan mengikut sunnah
  • Menguasai kaedah belajar berasaskan kemahiran membaca, mencatat, menyemak, mengingat & mengulangkaji. Kemahiran dilatih berdasarkan keperluan, alatan, cara melaksana & keberkesanan latihan (teori & praktikal)
  • Membimbing kemahiran menyediakan jadual belajar
  • Membina kumpulan belajar
  • Memahami teknik belajar pelajar pintar cth: Nik Nur Madihah (20A SPM '08), Azali Azlan (21A SPM '07) dan Siti Fatimah (18A SPM '06)

Apa-apa pun kos photostat Modul Latihan Seminar adalah RM2.00 seorang. So, jika perlukan Modul ketika seminar berurusan dengan Guru Tingkatan sebelum 06 Jan dan INGAT! Ini bukan paksaan... Bagi yang menilai ilmu akan mengerti keperluan dan kemestian Modul yang diberi... So, sehingga berjumpa di sesi seminar... Wassalam

No comments:

Post a Comment