Monday, December 28, 2009

PERANCANGAN UBK SESI PERSEKOLAHAN 2010

Assalam mualaikum pada seluruh Warga SEMASA,
Buat pertama kalinya dalam sejarah Unit Kaunseling sekolah, laman web atas blog dibina untuk menyalurkan sebanyak mungkin informasi terkini yang boleh dimunafaat oleh seluruh insan yang meminati atau setidak tidaknya cenderung kepada alam psikologi & kaunseling.

Bagi tahun 2010, perancangan awal yang dinyatakan dalam Takwim B&K 2010

  • Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 & 4 (disingkatkan untuk hanya 2 hari)
  • Seminar Pintar Belajar (pengisian baru dengan pengkaedahan baru)
  • PRS (melalui modifikasi dengan imej & berwajah baru)
  • Projek Ekspedisi (Program Penjelajahan ke negeri2 seluruh Malaysia dan akan melalui 6 siri antaranya ke Utara, Wilayah Tengah, Selatan, Pantai Timur, Sabah & Sarawak)
  • Program Budaya SEMASA (Kemantapan sahsiah pada imej pelajar untuk tempoh 5 tahun)
  • Penubuhan Kor Pasukan Kadet Polis
  • Bengkel Kemantapan Ilmu (spti Mind Mapping, Grup study, Inventori, Neumerologi dan banyak lagi...)
  • Kem Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi
  • Latihan Kemantapan Kumpulan melalui aktiviti Team Building
  • Dan banyak lagi..... apa-apa pun biarlah rahsia dan APA YANG PENTING, IA MENJANJIKAN SESUATU YANG BARU.. PASTI BARU... DAN AKAN SENTIASA BARU bagi sesi persekolaahn 2010. InsyaALLAH. Sehingga berjumpa lagi... Wassalam dari Pak Su:)

No comments:

Post a Comment