Monday, December 28, 2009

AZAM TAHUN BARU 2010

' Happy Selalu.... Yahoooo!!! '


Bagi tahun 2010 ni, dah masuk tahun ke 8, Pak Su kat SMK Sayong. Nak kata 'jemu' tak.... tapi dah mula nak 'borring'. Rasanya lagi 2 tahun, kena pikir-pikirkan rancangan hirup 'udara & cuaca' kat luar kot. Namun apapun, azam tahun ni ada 3.. nak tahu apa, tak jadi rahsia sebab nak bagi tau... bila nak bagi tahu..bukan rahsialah... apa-apa pun sabarlah... nak bagi tau lah ni....

Azam Yang Pertama:
Nak sentiasa :) aje.... maksudnya 'senyum sok mo'... tak nak garam-garam...opps maksud sebenar garang. Rasanya dah banyak tahun 'tukar imej' berlakon drama, tukar watak.. letih juga tapi apa kan daya... dah kerja macam ni... InsyaAllah berkat doa anak-anak didik Pak Su, sesuatu yang baru akan muncul.... kome doa-doakan lah

Azam Yang Kedua:
Nak naikkan imej dan nama sekolah ke tahap tertinggi yang mampu tapi kena dapat kerjasama anak-anak buah & rakan sejawat... kalau tidak kena polon sendiri dengan budak2 PRS. Imej kena bermula dari dalam hati, dalam jiwa... so tumpuan awal - jaga solat, jaga iman, jaga sahsiah & akhlak diri... istilah moden kata 'jaga disiplin'. So 'what ever... lah', apa yang penting... KERJASAMA. Ulang balik... apa yang penting.... KERJASAMA

Azam Yang Ketiga:
Nak laksanakan projek baru Unit Kaunseling.... antaranya
  • Kor Kadet Polis
  • Projek Ekspedisi
  • Program BUDAYA SEMASA

Pengisian lain terus dimantap dan dimontokkan selalu... insyaAllah. Apa yang dirancang akan dilaksanakan.. semuanya kena konsisten & berterusan... bukan apa, kalau tak buat begini, duduk kat sekolah booooooring.

So... woright! Pada semua warga SEMASA.. back-up, back-up lah sikit bantu saya dan bekerja bersama saya bagi merealisasikan program Unit Kaunseling berjalan dengan lancar .... zooooooom!

No comments:

Post a Comment