Thursday, December 31, 2009

KENALI PRESIDEN PRS SMK SAYONG


Dilahirkan pada tanggal 6 Jun 1993. Tinggal di Kampung Bendang Kering, Kuala Kangsar. Kini di Tingkatan 5 Suria. Personaliti sederhana, periang, peramah dan senang didekati... tapi ingat 'jinak-jinak merpati'. Bercita-cita tinggi dan berkeyakinan mampu mencapai apa yang dihajati, insyaAllah. Semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Doa dan sokongan seluruh warga SMK Sayong, Kuala Kangsar akan bersama anda.

JAWATANKUASA PRS 2010

Barisan EXCO PRS 2010

Tahniah diucapkan kepada barisan peneraju baru Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Sayong, Kuala Kangsar. Walaupun keahliannya tak ramai tetapi tumpuan lebih kepada kualiti. InsyaAllah, Pak Su dan Along yakin, kome mampu menggerakkan PRS lebih hebat dari sebelum ini. Berikut adalah senarai nama barisan Exco PRS 2010:

  • Penaung : Pn. Hjh. Noraziah bt Ramli (Pengetua)
  • Penasihat : Pn. Hjh. Halijah bt Othman (PK HEM)
  • Guru GCBK : En. Mohd Zaid b. Abu Othman
  • Guru GBKSM : Cik Norzuriani bt. Mohd Rozali Yusoff
  • Presiden : Norfarahidahyu bt. Abdul Rahim (5S)
  • Naib Presiden 1 : Muhammad Iqbal Izz b. Kamaruzzaman (5S)
  • Naib Presiden 2 : Nurul Fatihah bt. Abdul Malik (5S)
  • Setiausaha : Nur Sabrina bt. Muhd Khusairi (2)
  • Pen S/Usaha : Nur Aisyah bt. Abdul Fatah (2)
  • Bendahari : Nurul Najwa bt. Che Hashim (2)
  • Exco Sumber : Khairun Nazirah bt. Mohd Idris (2)
  • AJK : Anis Syuhada bt. Mohd Hanifiah (2)
  • AJK : Nurul Fatihah Amira bt. Abdullah (2)
  • Exco Publisiti : Muhammad Hazwan b. Taharim (3)
  • AJK : Muhamad Fadzil b. Zulkifli (2)
  • AJK : Fatin Azira bt. Abdullah (2)
  • Exco Latihan : Shafick b. Muhd Isha (3)
  • AJK : Nur Afiq b. Zainal Aziz (2)
  • AJK: Norsyafiqah bt. Hamidan (2)
  • AJK : Nur Hassanah bt. Abdul Halim (2)

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS & SEMOGA DIBERKATI ALLAH JUA ATAS APA YANG DISUMBANGKAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA


Monday, December 28, 2009

SEMINAR PINTAR BELAJAR (EDISI 2010)

Atas kebenaran dan kelulusan Pn. Hjh Noraziah Ramli (Pengetua), Seminar Pintar Belajar (Edisi 2010) dijadual akan diadakan seperti perincian berikut:
Tarikh program : Mulai 07 hingga 22 Jan 2010
Tempat : Bilik Gerakan SMK Sayong
Masa : 08.00 am hingga 12.30 pm
Berikut adalah penggiliran kelas untuk Seminar (Bengkel) berikut yang telah diubahsuai mengikut keperluan bagi sesi persekolahan 2010 ini
  • 07/01 Ting. 1S & 1K
  • 08/01 Ting. 1M & 1Z
  • 11/01 Ting. 1U & 2Z
  • 12/01 Ting. 2K & 2M
  • 13/01 Ting. 2S & 3S
  • 14/01 Ting. 3K & 3M
  • 15/01 Ting. 3Z & 3U
  • 18/01 Ting. 4S & 4N
  • 19/01 Ting. 4K & 4M
  • 20/01 Ting. 4Z & 5Z
  • 21/01 Ting. 5K & 5M
  • 22/01 Ting. 5S & 5N

Pengisian program lebih tertumpu kepada 5 kemahiran

  • Kemahiran memotivasikan diri melalui - perubahan sikap & cara berfikir melalui amali solat serta perlakuan pada aktiviti kehidupan & permakanan mengikut sunnah
  • Menguasai kaedah belajar berasaskan kemahiran membaca, mencatat, menyemak, mengingat & mengulangkaji. Kemahiran dilatih berdasarkan keperluan, alatan, cara melaksana & keberkesanan latihan (teori & praktikal)
  • Membimbing kemahiran menyediakan jadual belajar
  • Membina kumpulan belajar
  • Memahami teknik belajar pelajar pintar cth: Nik Nur Madihah (20A SPM '08), Azali Azlan (21A SPM '07) dan Siti Fatimah (18A SPM '06)

Apa-apa pun kos photostat Modul Latihan Seminar adalah RM2.00 seorang. So, jika perlukan Modul ketika seminar berurusan dengan Guru Tingkatan sebelum 06 Jan dan INGAT! Ini bukan paksaan... Bagi yang menilai ilmu akan mengerti keperluan dan kemestian Modul yang diberi... So, sehingga berjumpa di sesi seminar... Wassalam

AZAM TAHUN BARU 2010

' Happy Selalu.... Yahoooo!!! '


Bagi tahun 2010 ni, dah masuk tahun ke 8, Pak Su kat SMK Sayong. Nak kata 'jemu' tak.... tapi dah mula nak 'borring'. Rasanya lagi 2 tahun, kena pikir-pikirkan rancangan hirup 'udara & cuaca' kat luar kot. Namun apapun, azam tahun ni ada 3.. nak tahu apa, tak jadi rahsia sebab nak bagi tau... bila nak bagi tahu..bukan rahsialah... apa-apa pun sabarlah... nak bagi tau lah ni....

Azam Yang Pertama:
Nak sentiasa :) aje.... maksudnya 'senyum sok mo'... tak nak garam-garam...opps maksud sebenar garang. Rasanya dah banyak tahun 'tukar imej' berlakon drama, tukar watak.. letih juga tapi apa kan daya... dah kerja macam ni... InsyaAllah berkat doa anak-anak didik Pak Su, sesuatu yang baru akan muncul.... kome doa-doakan lah

Azam Yang Kedua:
Nak naikkan imej dan nama sekolah ke tahap tertinggi yang mampu tapi kena dapat kerjasama anak-anak buah & rakan sejawat... kalau tidak kena polon sendiri dengan budak2 PRS. Imej kena bermula dari dalam hati, dalam jiwa... so tumpuan awal - jaga solat, jaga iman, jaga sahsiah & akhlak diri... istilah moden kata 'jaga disiplin'. So 'what ever... lah', apa yang penting... KERJASAMA. Ulang balik... apa yang penting.... KERJASAMA

Azam Yang Ketiga:
Nak laksanakan projek baru Unit Kaunseling.... antaranya
  • Kor Kadet Polis
  • Projek Ekspedisi
  • Program BUDAYA SEMASA

Pengisian lain terus dimantap dan dimontokkan selalu... insyaAllah. Apa yang dirancang akan dilaksanakan.. semuanya kena konsisten & berterusan... bukan apa, kalau tak buat begini, duduk kat sekolah booooooring.

So... woright! Pada semua warga SEMASA.. back-up, back-up lah sikit bantu saya dan bekerja bersama saya bagi merealisasikan program Unit Kaunseling berjalan dengan lancar .... zooooooom!

PERANCANGAN UBK SESI PERSEKOLAHAN 2010

Assalam mualaikum pada seluruh Warga SEMASA,
Buat pertama kalinya dalam sejarah Unit Kaunseling sekolah, laman web atas blog dibina untuk menyalurkan sebanyak mungkin informasi terkini yang boleh dimunafaat oleh seluruh insan yang meminati atau setidak tidaknya cenderung kepada alam psikologi & kaunseling.

Bagi tahun 2010, perancangan awal yang dinyatakan dalam Takwim B&K 2010

  • Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 & 4 (disingkatkan untuk hanya 2 hari)
  • Seminar Pintar Belajar (pengisian baru dengan pengkaedahan baru)
  • PRS (melalui modifikasi dengan imej & berwajah baru)
  • Projek Ekspedisi (Program Penjelajahan ke negeri2 seluruh Malaysia dan akan melalui 6 siri antaranya ke Utara, Wilayah Tengah, Selatan, Pantai Timur, Sabah & Sarawak)
  • Program Budaya SEMASA (Kemantapan sahsiah pada imej pelajar untuk tempoh 5 tahun)
  • Penubuhan Kor Pasukan Kadet Polis
  • Bengkel Kemantapan Ilmu (spti Mind Mapping, Grup study, Inventori, Neumerologi dan banyak lagi...)
  • Kem Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi
  • Latihan Kemantapan Kumpulan melalui aktiviti Team Building
  • Dan banyak lagi..... apa-apa pun biarlah rahsia dan APA YANG PENTING, IA MENJANJIKAN SESUATU YANG BARU.. PASTI BARU... DAN AKAN SENTIASA BARU bagi sesi persekolaahn 2010. InsyaALLAH. Sehingga berjumpa lagi... Wassalam dari Pak Su:)

Tuesday, December 15, 2009

KAUNSELOR DI UNIT BIMBINGAN KAUNSELING

Pak Su Zaid

Dikendalikan oleh 2 orang Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa dan graduan daripada Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bimbingan Kaunseling. Kaunselor Kanan disandang oleh En. Mohd Zaid b. Abu Othman (Guru Cemerlang Bimbingan Kaunseling DG44) manakala Kaunselor Kedua dipikul oleh Cik Norzuriani bt. Mohd Rozali Yusof (DG41).