Wednesday, April 14, 2010

MOTIVASI DI SK ADIKA RAJA, GERIK (TAHUN YANG KE 15)



Cikgu Nizam (orang lama di SK Adika Raja)


Khidmat bantu Guru Cemerlang pada 11 Mac 2010 di SK Adika Raja, Gerik merupakan tahun ke 15 kali sejak 1995. Apa yang menarik, pengisiannya sentiasa berubah mengikut keperluan semasa yang sering menyebabkan kaunselornya, pening kejap kepala untuk mencari idea baru dan bahan terkini. Namun, kepuasan terbit bila mana warga pendidik masih menerima cara atau stail Pak Su dan tak jemu-jemu menjemputnya. Undangan SK Adik Raja dianggap jemputan 'istimewa' dan sering diberi 'high class priority' (apa maksudnya... carilah sendiri dalam Kamus Dewan).

Tumpuan pengisian lebih tertumpu kepada memberi kemahiran dalam belajar khusus persiapan dalam menghadapi peperiksaan. Cara belajar perlu betul kerana ini asas. Persoalan yang perlu kita warga pendidik dan ibu bapa fahami adalah... sehingga kini macam mana anak-anak didik atau anak kita belajar. Kemahiran yang digunakan main 'hentam' ikut pandai-pandai sendiri walhal menguasai dan memahami teknik belajar perlu. Tahu caranya, mudah bicaranya dan pasti faham tindakannya. Kemudian tumpuan kedua adalah mencetus 'rasa kesedaran' dalam diri dengan mengaitkan pelajar dengan ibu bapa, guru dan mereka yang tersayang. Nak tahu apa jadi selepas itu.... kenalah rujuk Cikgu Nizam (Orang Kuat SK Adik Raja).

No comments:

Post a Comment