Wednesday, April 14, 2010

BENGKEL SMART STUDY DI SK METHODIST, ACS, IPOH




Pertengahan Mac 2010 yang lalu, jemputan sekolah lama SK Methodist (ACS) Ipoh ibarat kata perpatah 'sirih pulang ke gagang'. Bertemu dengan guru-guru dan melihat bangunan sekolah yang ku tinggalkan sejak tahun 1977 ketika di Tingkatan 2 di SMK ACS, Ipoh. Bangunan masih mengekalkan lokasi penting tetapi banyak yang dah di'up gred' kan. Memang nostalgia sungguh bila berada dalam dewan SK ACS kerana teringat kenakalan aku dengan kawan-kawan menghuru harakan suasana ketika bersekolah.

Program kemahiran belajar di ikuti dengan sesi muhasabah diri bersama ibu bapa diberi respon yang sungguh baik dan ketika bersalaman dengan pelajar dan ibu bapa, tahniah demi tahniah serta penghargaan aku terima. Memang 'teramat terharu' ditambah lagi dengan hadiah yang aku terima iaitu koleksi majalah sekolah yang sungguh-sungguh membangkitkan ingatan kepada sekolah lamaku. Puas dan sungguh menyeronokkan bila mengendalikan sesi bersama pelajar ibarat 'senior bimbing junior'. Sungguh seperti kata slogan 'ACS leads the way'.

No comments:

Post a Comment