Wednesday, April 14, 2010

KURSUS KEPIMPINAN SMK SAYONG, KUALA KANGSAR



Kursus Kepimpinan yang melibatkan seramai 129 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Majlis Ketua Tingkatan, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ahli Lembaga Pengurus Kooperasi telah diadakan pada 27 Mac 2010 (Sabtu) di sekolah. Program dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan Kaunseling dengan Pak Su Zaid nya sebagai Perunding Motivasi dan Jurulatih. Program turut dibantu oleh 8 orang guru pelatih UPSI dan 2 guru GSTT.

Imput latihan tertumpu kepada 2 slot yang meliputi penerangan asas pengurusan mengikut Guru Pembimbing Unit masing-masing dan slot ke 2 pula melibatkan latihan dalam kumpulan (team building). Aktiviti permainan 'bendera Malaysia' menutup tirai latihan dimana pelajar diprovokasi dan dikonfrantasikan dengan isu-isu yang berbangkit, khusus untuk menguji kepimpinan diri peserta kursus. Keseluruhan pengisian program berjalan dengan baik dan penghargaan turut dipanjangkan kepada PIBG sekolah kerana meluluskan peruntukan membiayai sepenuhnya program ini.

BENGKEL SMART STUDY DI SK METHODIST, ACS, IPOH




Pertengahan Mac 2010 yang lalu, jemputan sekolah lama SK Methodist (ACS) Ipoh ibarat kata perpatah 'sirih pulang ke gagang'. Bertemu dengan guru-guru dan melihat bangunan sekolah yang ku tinggalkan sejak tahun 1977 ketika di Tingkatan 2 di SMK ACS, Ipoh. Bangunan masih mengekalkan lokasi penting tetapi banyak yang dah di'up gred' kan. Memang nostalgia sungguh bila berada dalam dewan SK ACS kerana teringat kenakalan aku dengan kawan-kawan menghuru harakan suasana ketika bersekolah.

Program kemahiran belajar di ikuti dengan sesi muhasabah diri bersama ibu bapa diberi respon yang sungguh baik dan ketika bersalaman dengan pelajar dan ibu bapa, tahniah demi tahniah serta penghargaan aku terima. Memang 'teramat terharu' ditambah lagi dengan hadiah yang aku terima iaitu koleksi majalah sekolah yang sungguh-sungguh membangkitkan ingatan kepada sekolah lamaku. Puas dan sungguh menyeronokkan bila mengendalikan sesi bersama pelajar ibarat 'senior bimbing junior'. Sungguh seperti kata slogan 'ACS leads the way'.

MOTIVASI DI SK ADIKA RAJA, GERIK (TAHUN YANG KE 15)



Cikgu Nizam (orang lama di SK Adika Raja)


Khidmat bantu Guru Cemerlang pada 11 Mac 2010 di SK Adika Raja, Gerik merupakan tahun ke 15 kali sejak 1995. Apa yang menarik, pengisiannya sentiasa berubah mengikut keperluan semasa yang sering menyebabkan kaunselornya, pening kejap kepala untuk mencari idea baru dan bahan terkini. Namun, kepuasan terbit bila mana warga pendidik masih menerima cara atau stail Pak Su dan tak jemu-jemu menjemputnya. Undangan SK Adik Raja dianggap jemputan 'istimewa' dan sering diberi 'high class priority' (apa maksudnya... carilah sendiri dalam Kamus Dewan).

Tumpuan pengisian lebih tertumpu kepada memberi kemahiran dalam belajar khusus persiapan dalam menghadapi peperiksaan. Cara belajar perlu betul kerana ini asas. Persoalan yang perlu kita warga pendidik dan ibu bapa fahami adalah... sehingga kini macam mana anak-anak didik atau anak kita belajar. Kemahiran yang digunakan main 'hentam' ikut pandai-pandai sendiri walhal menguasai dan memahami teknik belajar perlu. Tahu caranya, mudah bicaranya dan pasti faham tindakannya. Kemudian tumpuan kedua adalah mencetus 'rasa kesedaran' dalam diri dengan mengaitkan pelajar dengan ibu bapa, guru dan mereka yang tersayang. Nak tahu apa jadi selepas itu.... kenalah rujuk Cikgu Nizam (Orang Kuat SK Adik Raja).

Sunday, April 11, 2010

PERBENTANGAN KERTASKERJA SPeD LADAP KOKU SMK SAYONG



Pada 06 Mac 2010 yang lalu, Guru Cemerlang (GC) Kaunseling sekolah diminta untuk membantu membentang Kertaskerja Projek bagi Program Pengurusan Kokurikulum. Pihak Unit Kaunseling mengubal dan menyusunsuai Modul Sistem Pelaporan Berdokumentasi (SPeD) bagi pengurusan dokumentasi Fail Pengurusan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform sekolah.

Perbentangan dilakukan mengunakan contoh atau modul Fail Pengurusan (Baru) Pasukan Kadet Polis SMK Sayong. Nak tahu bagaimana kaedahnya, datang tengok sendiri failnya. Apa yang penting, rasional SPeD adalah untuk memudahkan Jawatankuasa untuk melengkapkan maklumat yang terdapat pada Fail Pelaporan berdasarkan sistem borang yang di'standard'kan secara selaras.



04 Mac 2010 di Dewan Persidangan Gerik, Khidmat Bantu GC diperlukan untuk program Kemahiran Belajar dan Pendidikan Keibubapaan SK Batu 4, Gerik. Sesi terpenting adalah slot 'muhasabah diri' pelajar dan ibu bapa. Respon sangat baik dan tumpuan program adalah untuk mencetuskan kesedaran dalaman pelajar. Kekuatan mereka dilihat mampu mengerakkan kesungguhan diri jika ibu bapa, guru dan mereka sendiri digabungjalinkan. Work SMART sahaja masih ada kekurangannya tetapi WORK WORK WORK HARD TOGETHER dilihat mampu membangkitkan perubahan ditahap optima. Jadi, saya hanya pencetus keadaan tetapi pencetus realiti kejayaan adalah Tuan/Puan/Adik2 warga SK Batu 4, Gerik. InsyaAllah

SEMINAR PINTAR BELAJAR (PROJEK KACAPURI @ FEEDER SCHOOL) 2010



Sejak tahun 2003 lagi Program Khidmat Bantu ini dijalankan untuk sekolah-sekolah kacapuri (feeder school) khususnya untuk murid Tahun 5 dan 6. Tahun ini pada 27 Feb. 2010, hampir 129 orang telah mengambil bahagian mengikuti Bengkel Kemahiran Belajar cara Belajar. Program dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Mohd Zaid b. Abu Othman (Kaunselor Cemerlang SMK Sayong) meliputi 3 kemahiran iaitu belajar cara belajar, belajar urus masa dan belajar merancang strategik belajar. Bimbingan dijalankan secara amali dan praktikal.
Sambutan sangat menggalakkan namun penyertaan pelajar terpaksa dihadkan kerana ketiadaan tempat yang sesuai untuk menampung kehadiran peserta. Antara sekolah yang terlibat:
  • Sekolah Kebangsaan Senggang, Kuala Kangsar
  • Sekolah Kebangsaan Rambai Tujuh, Kuala Kangsar
  • Sekolah Kebangsaan Bendang Kering, Kuala Kangsar
  • Sekolah Kebangsaan Sayong, Kuala Kangsar
  • Sekolah Kebangsaan Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar
  • Sekolah Rendah Agama Al Furqan, Kuala Kangsar
  • Madrasah Ulumul Syariah Wal Quranniah, Kuala Kangsar
Bagi kami di Unit Kaunseling SMK Sayong, 'jika hari ini kita menolong anak orang, insyaAllah suatu hari nanti ada anak orang yang akan membantu kita.' Yakinilah bersedekah ilmu itu ganjarannya sangat besar bila mana Allah akan melipatgandakan ilmu kita pula.

MOTIVASI & PARENTING DI SMK LAYANG2 KIRI, PARIT





25hb Februari 2010, saya berpeluang untuk memberi Khidmat Bantu Guru Cemerlang ke SMK Layang2 Kiri, Parit bagi tahun ini. Pengalaman sebanyak 2 kali ini dimanfaatkan untuk membimbing pelajar dan ibu bapa khususnya dalam menjana perubahan diri melibatkan akal dan hati. Menurut psikologi, anak-anak kita 'bukan tak tahu hanya mereka tak mahu' melakukan perubahan (motivasi). Justeru itu, 'kaedah paksaan' menerokai hati dan minda separa sedar digunakan untuk mencetus kesedaran dalaman diri. Kaedah 'recall' atau sesetengah memanggilnya 'meditasi' dilihat mampu mencetus lonjakan diri pelajar untuk berubah. Kaitan dengan mereka yang disayangi sering kali dapat me'boster'kan diri pelajar untuk belajar bersungguh2. Namun usaha memotivasikan pelajar harus diteruskan selepas itu kerana kejayaan yang terbaik adalah mengekalkan perubahan hingga mereka terus menerus berubah untuk berjaya. Bagi saya apa yang mereka (pelajar) perlu lakukan untuk berubah hari ini, pasti yang baik itu hasilnya, namun jika ada yang kurang sewajarnya dilihat sebagai kelemahan diri mereka yang dikekalkan 'tak nak ubah-ubah'. Pening juga nak faham tapi cuba faham-fahamkanlah......

Thursday, April 8, 2010

SEMINAR PINTAR BELAJAR DI SK KG NASIB, ENGGOR




18 Feb 2010, Khidmat Bantu GCBK dilaksanakan di SK Kg Nasib, Enggor. Program kemahiran belajar ini merupakan program tahunan yang sering diadakan sejak tahun 2002 lagi. Kini hampir 8 tahun ianya dijalankan, impaknya dikira 'banyak membantu' khususnya pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Menurut Tn Syed Hassan (Pen. Kanan Pentadbiran) program tahunan ini menjadi agenda kemestian bagi semua pelajar SK Kg Nasib bagi melengkapkan pengetahuan, kemahiran dan motivasi diri untuk belajar dengan cemerlang. Manfaat yang diperolehi sangat baik dan kerana itulah program diadakan setiap tahun.
Komen GCBK: Alhamdulillah. Perkhidmatan diterima dan diyakini (Macam jual ubat pulak :))